Matan Ummu al Barahin
Kitab ini merupakan terjemahan bagi matan akidah Ahli Sunnah dan Jama’ah (ASWJ) yang sangat terkenal iaitu Matan Ummu al-Barahin atau al-‘Aqidah al-Sughra oleh al-Imam Muhammad bin Yusuf al-Sanusi (w.895H). Matan ini telah tersebar luas dari bumi Maghribi ke seluruh negara Islam sehingga ke hari ini. Bahkan, matan ini mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas pengajian dan penulisan ilmu akidah ASWJ di dalam dunia melayu dan nusantara. Matan ini merupakan penerangan bagi intipati akidah ketuhanan dan kenabian yang perlu difahami oleh setiap muslim dalam menghayati dan memahami dua kalimah syahadah. Bagi menambah manfaat kitab terjemahan ini, penulis telah menambah sedikit pengenalan berkenaan Ahli Sunnah dan Jamaah. Moga buku ini memberi manfaat yang sebaik-baiknya kepada para pembaca. Amin.
Tempahan ini juga adalah tempahan awalan (pre-order), cetakan hanya untuk yang membuat tempahan sahaja dan mungkin mengambil masa 1 minggu bagi pengeposan.
Sila pilih pakej tempahan anda.
1) Pakej Diri Sendiri
Tempah satu(1) unit kitab bercetak untuk kegunaan sendiri semasa Kuliah Mingguan Thibb Didik-Tauhid Asas
2) Pakej Suami-Isteri
Tempah dua(2) unit kitab bercetak untuk kegunaan sendiri dan pasangan semasa Kuliah Mingguan Thibb Didik-Tauhid Asas
3) Pakej Keluarga
Tempah empat(4) unit kitab bercetak untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga semasa Kuliah Mingguan Thibb Didik-Tauhid Asas
4) Pakej Infaq Pondok/Madrasah
Tempah sekurang-kurangnya Sepuluh(10) unit atau gandaan 10, kitab bercetak untuk diinfaqkan kepada mana-mana pelajar Pondok/Madrasah untuk digunakan semasa Kuliah Mingguan Thibb Didik-Tauhid Asas. Infaq akan di uruskan oleh Skuad Thibb Didik.
5) Pakej Infaq Umum
Tempah sekurang-kurangnya Sepuluh(10) unit atau gandaan 10, kitab bercetak untuk diinfaqkan kepada sesiapa sahaja bagi digunakan semasa Kuliah Mingguan Thibb Didik-Tauhid Asas. Infaq akan di uruskan oleh Skuad Thibb Didik